- Head Office / Main Plant: +603 5891 5000
- Shah Alam II Plant: +603 5891 5555
Privacy Policy (Bahasa Malaysia)
Panasonic Manufacturing Malaysia Berhad (No. Pendaftaran Syarikat. 196501000304 [6100K]) (“Syarikat”, “kami”, “kita”) menghormati dan komited untuk melindungi Data Peribadi (definasinya seperti yang dinyatakan di bawah) anda.
Dokumen ini (“Polisi Privasi”) menerangkan polisi kami dalam mengumpul dan mengendali Data Peribadi pelawat-pelawat laman web dan premis kami (“anda”) menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia termasuk pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya (“PDPA”) serta undang-undang dan peraturan yang terpakai.
Polisi Privasi ini terpakai bagi semua aktiviti-aktiviti pengumpulan data dalam talian (seperti laman web, aplikasi, rangkaian social pihak ketiga atau acara-acara kami melalui talian) dan luar talian kami (seperti acara-acara fizikal kami atau melalui pihak ketiga yang berkerjasama dengan kami), termasuk Data Peribadi dan maklumat dalam sebarang bentuk sama ada elektronik atau bertulis.
Dengan mengakses laman web atau premis kami, berinteraksi dangan kami dan/atau menyerahkan Data Peribadi kepada kami, anda memberi kebenaran dan bersetuju serta memberi kuasa kepada kami, wakil sah kami dan/atau ejen kami serta Pihak-pihak Yang Berkenaan (definasinya seperti yang dinyatakan di bawah) bagi pengumpulan, penggunaan, pemprosesan, pendedahan, perkongsian dan penyimpanan Data Peribadi anda menurut Polisi Privasi ini.
Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukerela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak sanggup untutk memberi Data Peribadi anda atau Data Peribadi anda yang dibekalkan tidak mencukupi, kami tidak dapat berkomunikasi dengan anda dan/atau proses permintaan anda secara berkesan. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa kami tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang akibat yang timbul daripada kegagalan anda dalam pembekalan Data Peribadi anda.
1.
SKOP DATA PERIBADI
1.1.
Dalam Polisi Privasi ini, “Data Peribadi” bermaksud sebarang maklumat berkaitan dengan anda yang dikumpul atau diproses oleh kami secara langsung atau tidak langsung bagi Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di Seksyen 3 dibawah.
1.2.
Contoh-contoh Data Peribadi yang mungkin kami akan kumpul daripada anda termasuk tetapi tidak terhad kepada: –
a)
Maklumat peribadi – sebarang maklumat yang anda berikan kepada kami yang membolehkan kami mengenal pasti diri anda dan untuk menghubungi anda seperti nama, nombor kad pengenalan/passport, alamat, butiran-butiran hubungan anda (seperti nombor telefon dan e-mel);
b)
Maklumat demografi – sebarang maklumat yang menerangkan ciri-ciri demografi atau tingkah laku anda, seperti tarikh lahir, umur, bangsa, etnik, jantina, status perkahwinan, pendapatan, pekerjaan dan tahap pendidikan anda;
c)
Maklumat dari computer/peranti teknologi lain – sebarang maklumat mengenai sistem computer atau peranti teknologi lain yang anda gunakan untuk mengakses laman web kami seperti alamat “Internet Protocol” (IP), pergerakan laman web, jenis penyemak imbas, sistem pengendalian dan maklumat “Uniform Resource Locators” (URL) anda;
d)
Maklumat penggunaan laman web/komunikasi – semasa anda menavigasi dan berinteraksi melalui laman web atau surat berita kami, kami menggunakan teknologi pengumpulan data automatik untuk mengumpul maklumat tertentu mengenai tindakan anda seperti pautan yang anda klik, halaman atau kandungan yang anda lihat dan masa anda melawati serta maklumat lain dan statistic yang seumpamanya mengenai interaksi anda (sila rujuk Seksyen 6 di bawah bagi butiran-butiran selanjutnya mengenai Data Peribadi yang kami perolehi apabila anda melawati laman web kami);
e)
Gambar atau video – sebarang gambar atau video anda yang diambil atau dirakam semasa lawatan anda ke premis atau acara kami; dan/atau
f)
Data Peribadi kanak-kanak dan anak muda – kami tidak akan dengan sengajanya meminta atau mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Jika kami mendapati bahawa kami dengan tidak sengaja telah mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kami akan mengeluarkan Data Peribadi kanak-kanak tersebut daripada rekod kami dengan segera. Walau bagaimanapun, kami mungkin mengumpul Data Peribadi tentang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun daripada ibu bapa atau penjaga secara langsung, dan dengan kebenaran jelas kanak-kanak tersebut. Dalam situasi ini, anda mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka dan memberi kebenaran bagi pihak mereka untuk memprosesData Peribadi mereka menurut Polisi Privasi ini.
1.3
Jika anda membekalkan kepada kami Data Peribadi selain daripada diri anda, sila pastikan anda telah mendapat kebenaran dan persetujuan mereka terlebih dahulu dan mereka memahami cara kami mengumpul, mengguna, memproses, berkongsi, menyimpan dan mendedahkan Data Peribadi seperti yang ditetapkan dalam Polisi Privasi ini.
1.4
Data Peribadi yang diminta oleh kami adalah minimum untuk mentadbir sebarang pengaturan atau perhubungan kontrak antara anda dan kami. Dalam keadaan tertentu, adalah wajib di bawah undang-undang untuk anda memberikan Data Peribadi anda kepada kami. Dalam keadaan lain, keputusan anda untuk memberikan sebarang Data Peribadi kepada kami adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberi kebenaran dan persetujuan bagi pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan pendedahan Data Peribadi akan menjejaskan permohonan/permintaan anda dan/atau keupayaan kami untuk melaksanakan kewajipan kami di bawah mana-mana undang-undang yang terpakai dan berkenaan.
1.5
Walaupun kami dengan sedaya upaya dan munasabahnya membekalkan maklumat yang mencukupi mengenai polisi kami yang berkaitan dengan Data Peribadi, Polisi Privasi ini bukannya senarai lengkap bagi semua situasi atau scenario berkenaan Data Peribadi. Sila hubungi kami jika anda memerlukan sebarang penjelasan mengenai situasi tertentu.
2
PENGUMPULAN DATA PERIBADI
2.1.
Kami akan mengumpul Data Peribadi daripada anda dalam pelbagai cara, seperti di mana anda secara sukarelanya: –
a)
melayari laman web kami (sila rujuk kepada Seksyen 6 di bawah bagi butiran-butiran selanjutnya mengenai Data Peribadi yang kami perolehi semasa anda melawati laman web kami);
b)
berinteraksi melalui laman web kami (seperti apabila anda menghubungi kami melalui laman web kami);
c)
berinteraksi dengan wakil sah kami melalui telefon, surat-menyurat, faks, pertemuan bersemuka, platform media social dan emel;
d)
memohon kepada kami atau Syarikat Gabungan kami (definasinya seperti yang dinyatakan di bawah) untuk mendapakan pekerjaan;
e)
meminta maklumat atau dokumen selanjutnya (seperti Laporan Tahunan);
f)
memasuki premis kami atau menghadiri acara atau mesyuarat atau aktiviti kami (seperti Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat vendor/pembekal/rakan kongsi perniagaan) di mana imej anda ditangkap melalui kamera Televisyen Litar Tertutup (“CCTV”), atau video yang diambil oleh kami atau wakil kami yang sah;
g)
serahkan sebarang borang kepada kami; dan/atau
h)
serahkan Data Peribadi kepada kami atas sebab-sebab lain.
2.2.
Anda hendaklah memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diserahkan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul. Kegagalan anda boleh mengakibatkan ketidakupayaan dan/atau kelewatan kami dalam memberikan maklumat yang anda minta, atau menjawab pertanyaan anda, atau memproses sebarang permintaan yang dikemukakan kepada kami.
3.
TUJUAN DAN PENDEDAHAN
3.1.
Secara amnya, Data Peribadi anda akan dikumpul, diguna dan diproses oleh Syarikat, syarikat gabungan kami di bawah Kumpulan Panasonic di dalam atau di luar Malaysia (“Syarikat Gabungan”) atau Pihak Ketiga Berkenaan (definasinya seperti yang dinyatakan di bawah) bagi tujuan-tujuan utama berikut (“Tujuan-Tujuan”): –
a)
Pentadbiran am dan pengurusan seperti pelaksanaan proses perniagaan, pengurusan dalaman, pelaporan pengurusan, pengesahan identity, tinjauan dan komunikasi teknologi maklumat untuk membolehkan kami melaksanakan fungsi kami yang sepatutnya, mematuhi penyimpanan rekod, pencegahan jenayah, audit, penyiasatan, penyelesaian pertikaian atau tujuan insurans, litigasi dan pembelaan tuntutan dan kewajipan undang-undang lain;
b)
Kesihatan, keselamatan dan keamanan seperti melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan keamanan, perlindungan nyawa atau kesihatan anda, perlindungan aset Syarikat dan pengesahan status dan hak akses anda; atau
c)
Pematuhan undang-undang dan/atau peraturan seperti pematuhan kepada keperluan undang-undang atau peraturan.
3.2.
Semua Data Peribadi akan diproses dan/atau didedah kepada Syarikat Gabungan kami dan/atau Pihak Ketiga Berkenaan di dalam atau di luar Malaysia (i) untuk Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di Seksyen 3.1, (ii) seperti yang dikehendaki di bawah undang-undang, (iii) menurut hubungan kontrak yang berkaitan (contohnya seperti pembekal perkhidmatan), atau (iv) sekiranya berlaku transaksi korporat seperti potensi, cadangan atau penjualan sebenar atau pelupusan perniagaan atau kepentingan, pemerolehan, penggabungan dan penyusunan semula.
3.3.
Contoh “Pihak Ketiga Berkenaan” termasuk: –
a)
agensi kerajaan dan pihak berkuasa berkanun, pengawal selia industri, agensi penguatkuasaan undang-undang, majlis tempatan;
b)
potensi atau pengganti sebenar bagi perniagaan atau saham Syarikat; dan
c)
pihak ketiga (termasuk ejen, penasihat, wakil dan kontraktor) yang dilantik atau digunakan oleh Syarikat dan/atau Syarikat Gabungan kami untuk memudahkan, melakukan atau melaksanakan Tujuan-Tujuan di Seksyen 3.1 (contohnya seperti peguam, juruaudit, setiausaha syarikat, ejen cukai dan perunding professional lain, syarikat telekomunikasi, syarikat insurans, institusi kewangan, serta penyedia perkhidmatan dan pembekal (contohnya seperti penganjur acara, syarikat percetakan, pembekal sistem teknologi maklumat, penyelesaian dan perisian)).
4.
PERLINDUNGAN DAN PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA
4.1.
Akses kepada Data Peribadi anda adalah terhad kepada individu yang diberi kuasa atas dasar yang-perlu-tahu menurut Garis Panduan Global Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISM) Panasonic. Akses sedemikian dikawal melalui pelbagai langkah pentadbiran sama ada fizikal atau teknikal seperti latihan pematuhan, kabinet berkunci, rangkaian selamat dan penyulitan data.
4.2.
Kami memastikan bahawa Pihak Ketiga Berkenaan melindungi Data Peribadi anda melalui kewajipan kontrak, audit dan/atau pensijilan langkah pentadbiran sama ada fizikal atau teknikal.
4.3.
Syarikat boleh menyimpan Data Peribadi anda selagi pemenuhan Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di Seksyen 3.1 diperlukan, atau jika penyimpanan sedemikian diperlukan menurut undang-undang, peraturan atau perakaunan (dalam perkara ini, Data Peribadi anda akan dilupuskan apabila tidak diperlukan lagi bagi tujuan undang-undang atau peraturan).
5.
PEMINDAHAN DAN PROSES KE LUAR MALAYSIA
Data Peribadi anda akan dipindahkan kepada dan/atau diproses di luar Malaysia oleh Syarikat Gabungan atau Pihak Ketiga Berkenaan bagi Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di Seksyen 3.1. Panasonic akan menyemak pemindahan dan proses luar negara sedemikian untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi menurut keperluan di bawah PDPA. Kami melakukan ini dengan (i) memasukkan keperluan ini sebagai kewajipan kontrak bagi pemindahan, dan (ii) melaksanakan Garis Panduan Global Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISM) Panasonic dan peraturan korporat yang berkenaan bagi pemindahan antara kami dan Syarikat Gabungan kami dalam Kumpulan Panasonic.
6.
LAMAN WEB
6.1.
Pautan ke laman web lain – pautan ke laman web lain disediakan untuk kemudahan dan maklumat anda sahaja. Laman-laman ini mungkin mempunyai pernyataan privisi mereka sendiri dan kami cadangkan anda menyemak dahulu jika anda melawati mana-mana pautan laman web tersebut. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan di dalam atau penggunaan laman web tersebut yang dipautkan.
6.2.
Produk atau aplikasi yang boleh kesan lokasi
a)
Produk atau aplikasi yang boleh kesan lokasi akan menghantar maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak akan menggunakan maklumat tersebut melainkan untuk menyediakan perkhidmatan yang anda kehendaki. Ciri-ciri kesanan lokasi ini adalah di bawah kawalan dan pilihan anda sama ada untuk menggunakannya atau tidak.
b)
Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan “Google Analytics” (atau kaedah yang berfungsi seumpamanya) untuk membantu kami dalam penyediaan layanan yang lebih baik melalui produk, perkhidmatan dan semakan kepada aplikasi mudah alih yang bertambah baik. Maklumat yang terkumpul tidak akan mengenal pasti identity anda. Akan tetapi, maklumat tersebut akan maklumkan kepada kami mengenai perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi tersebut serta jenis peranti dan ciri-ciri perkakasan, negara dan bahasa yang dimuat turun.
6.3.
“Cookies” dan teknologi yang seumpamanya
a)
Apabila anda berinteraksi dengan kami di laman web kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang sah akan menggunakan “Cookies” untuk mengumpul dan menyimpan maklumat untuk membantu dalam memberikan anda pengalaman web yang lebih baik, lebih pantas dan selamat.
b)
Maklumat yang dikumpul oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami yang diberi kuasa akan mengenali pelawat yang kembali sebagai pelawat unik dan akan mengumpul maklumat seperti: (i) cara pelawat tiba di laman web kami, (ii) jenis penyemak imbas yang digunakan oleh pelawat, (iii) sistem pengendalian yang digunakan oleh pelawat, (iv) alamat IP pelawat dan (v) maklumat strim klik pelawat dan masa yang mereka gunakan (contohnya seperti halaman mana yang telah mereka lihat, masa halaman tersebut diakses dan masa yang dihabiskan dalam setiap halaman web.
c)
“Cookies” adalah fail teks kecil (biasanya terdiri daripada huruf dan nombor) yang diletakkan dalam ingatan penyemak imbas atau peranti anda apabila anda melawat sebarang laman web. “Cookies” membenarkan laman web mengenali peranti atau penyemak imbas tertentu.
d)
Penggunaan “Cookies” sama ada oleh kami atau laman web kami adalah perlu bagi fungsi perkhidmatan kami, untuk membantu kami meningkatkan pretasi kami atau berfungsi untuk menyediakan anda dengan fungsi tambahan. “Cookies” juga boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan yang lebih berkaitan dengan anda dan minat anda, atau untuk menyasarkan pengiklanan kepada anda di dalam atau di luar laman web kami.
e)
Sekiranya anda ingin menutup “Cookies” yang berkaitan dengan taknologi ini, anda boleh buat demikian dengan menukar tetapan pada penyemak imbas anda. Walau bagaimanapun, jika anda menolak fungsi “Cookies”, anda mungkin tidak dapat menikmati manfaat daripada ciri-ciri laman web atau alatan perkhidmatan tertentu.
7.
HAK UNTUK AKSES, PEMBETULAN & PENARIKAN PERSETUJUAN
7.1.
Anda bertanggungjawab untuk menyemak dan mengemaskini sebarang perubahan terhadap Data Peribadi anda untuk memastikan bahawa maklumat yang anda dedahkan adalah betul dan terkini. Anda boleh mengakses dan membetulkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh Syarikat (tertakluk kepada pengecualian tertentu) secara elektronik atau memberitahu kami secara terus melalui butir-butir hubungan yang dinyatakan di Seksyen 8.
7.2.
In cases where processing, use and disclosure is based on consent, and subject to applicable law which provides otherwise, you have the right to withdraw your consent for the said processing, use and disclosure. However, if you withdraw your consent to any or all the use of your Personal Data, depending on the nature of your request, we may not be in a position to continue to provide you with the information you have requested or respond to or process your queries.
8.
FURTHER ENQUIRIES
If you have any issues, queries or concerns regarding the handling of your Personal Data, please contact: –
Email: ir.pmma@my.panasonic.com
9.
CONFLICT
In the event of any inconsistency between the English version and the Bahasa Malaysia version of this Privacy Policy, the English version shall prevail over the Bahasa Malaysia version.
10.
AMENDMENT
We reserve the right to amend or modify this Privacy Policy from time to time to reflect any changes in the way we handle your Personal Data or any changes in applicable laws and the updated version shall apply and supersede any and all previous versions. By continuing to communicate with us or by continuing to use our website following the amendments, modifications or updates to this Privacy Policy, this shall signify your acceptance of such amendments, modifications or updates.